Latar belakang Ikhlas (album)

Ikhlas ialah sebuah album kompilasi yang menghimpunkan enam artis Roslan Aziz Productions (RAP) — Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Sheila Majid, Zubir Ali, Azman Warren dan Amir Yussof. Sebanyak 11 lagu dimuatkan dalam album ini. Lagu "Ikhlas Tapi Jauh" nyanyian asal Zainal Abidin yang dimuatkan dalam album pertama beliau, dirakamkan semula oleh artis-artis RAP.[2][3] Terdapat juga versi instrumental lagu tersebut. Kumpulan Karma menyumbangkan dua lagu untuk kompilasi ini, iaitu "Ballad of Juliet" dan "Mercy". Sheila Majid menyumbangkan dua lagu, iaitu "Wanita" dan "Pagi" menampilkan duet bersama Afdlin Shauki.